Bachellorate Party a.k.a BFF Trip

By Raihana - Selasa, Ogos 30, 2016

Assalamualaikum...


Tajuk entri nak gempak-gempak je. Jangan pikir bukan-bukan lah k.

Berbulan lamanya nak plan bercuti dengan kawan-kawan. Sebelum ni asyik tak jadi ke. Tapi kali ni kami gagahkan juga plan and nak semua orang ada. At last, everyone made it, except one of our friend sebab dia tak dapat join , dikerahkan bertugas. Maklum lah, inspektor katakan. Btw, dia perempuan ye.

Bila plan bercuti ni, pikir alang-alang nak buat Bachelorette Party untuk kawan-kawan yang nak kahwin. VIPnya adalah Aishah (will be married on Nov) and Hazira (will be married on Jan), but Hazira couldn't make it last minute, ye, dia lah inspektor itu.

Pendekkan cerita, kitorang plan nak pergi stay at Masbro Village tu. Dah lama ushar tempat tu sebab nampak menarik, rumah warna warni segi tiga gitu. Tapi, sebulan sebelum tarikh tu, I olls contact, kononnya nak book. Then, dorang cakap dah fully booked. What??? Kelam kabut kitorang sebab tempat-tempat menarik yang kitorang nak stay dah fully booked untuk date kitorang plan tu. Desa Balqis, The Hut, KeCabin, The Kabin, Damai Chalet, blah blah blah.

But, at last, kita terjumpa tempat ni, macam menarik dan cantik, iaitu Homestay Kg Kuala Sungai Baru (Uncle Man). Nama very general tapi tak tahu lah banyak tempat nama serupa ke. Tempat ni memang jauh dari bandar, tapi yang menarik tempat ni dekat dengan pantai dan ala-ala kampung gitu.

27 Aug, kitorang bertolak dengan 2 kereta. Me (with husband & Amani) & Nisa (with others).  Kitorang bertolak kul 11 lebih macam tu untuk pickup Pika dekat Seri Kembangan. Then keluar Tol Ayer Keroh lalu pekan kitorang singgah makan sebab dah kelaparan. Waktu tu dah pukul 2ptg. Pusing mencari barang-barang yang belum lengkap; ais, pinggan, cawan & kek. Kek ni Aishah nak sponsor, so kita pun layankan aja. Tapi, pusing-pusing tak jumpa.

Kul 3.30ptg macam tu baru kitorang sampai dekat homestay chalet. Ohh ye, kitorang bukan dok homestay ramai-ramai ye. Kitorang amik chalet 3 bilik. Sampai homestay unload barang, rehat kejap then kita keluar balik dengan Aishah untuk cari kek. Uncle Man tu cakap boleh pergi Masjid Tanah nak cari kek, 30min juga la dari homestay. Yang lain-lain siapkan segala preparation untuk BBQ and party malam.





Cantik. Namanya Rumah Limas.

Captain Amani melawat kawasan.


Chalet ada 6 bilik

Amani lepak dekat beranda chalet

BBQ pit depan bilik kitorang. Nasib dekat.

Birthday celebration w Bacheloratte Party

Ini VIPnya






Fefeeling layan tepi kolam


Esok paginya, pagi-pagi dah kelaparan. Kita suruh En. Husband beli breakfast. Nasib la jumpa kedai makan jual roti canai. Terisi lah perut. Kitorang breakfast dekat dengan anjung kolam tu. Saja je nak dok situ, lepas tu leh terjun kolam terus. Hihii.

Kolam sesuai untuk kanak-kanak sangat. Tengok laki kita bersimpuh dalam air.




Amani pun boleh diri. Huhu.

Lepas mandi, tantrum dia datang.

Tantrum lagi. Nak kena debik ni.

Dah wangiiii.

Pastu gi main kucing. Gesel-gesel kucing tu.

Photo before checkout.

Thanks to shuben sebab teman skali.

Geram je dengan dia ni.

Siapa-siapa nak stay homestay ni, boleh contact dekat bawah ni ye. Tempat ni agak recomended untuk sapa-sapa nak buat mini reunion, family day or bercuti. Kawasan tak ada besar mana, tapi sesuai la. Tempat ni masih baru, kawasan sangat bersih dan ada facilities untuk yang ada family. Dorang ada lagi satu homestay yang tak jauh dari situ, Lagi dekat dengan pantai. Ohh ya, owner tempat ni pun ada jual pizza and air. Kalau lapar kedaung, boleh je order dengan owner.

Homestay Kg Kuala Sg Baru (Uncle Man)
Lot 204, Batu 28 1/2, Kg Tengah
78200 Kuala Sg Baru
Melaka
Contact: 012-2501262
Kemudahan:
Kolam Renang (untuk kanak-kanak)
BBQ Pit
WIFI Percuma
Basikal
Harga Chalet: RM150/mlm

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan