Lazada Birthday Blogger Contest

By Raihana - Rabu, Mac 22, 2017

Helloooo!

This is my first time join Lazada contest taw. Belek-belek website Lazada, terpampang pulak banner sebesar tu untuk ahli blogger sekalian. Apa lagi, kita pun amik kesempatan lah untuk join. Contest ni tamat pada esoknya. Moga kita tak terlambat lagi. Hihi.


What do you love about Lazada?

Kita ni dah la kaki shopping. Dari barang murah ke mahal semua beli dekat web Lazada ni. Senang sebenarnya. Lagi-lagi ada sesetengah barang Lazada ni memang tak ada jual dekat Malaysia. Rare tak? Kebanyakan barang yang dijual murah-murah, kita boleh select items yang kita nak walaupun dari seller yang berbeza. Lazada selalu buat SALE. Mesti ada yang perasan kan, kalau buka je website Lazada, terpampang besar SALE dorang ni. Macam mana terpampang banner Lazada jemput ahli blogger untuk join contest ni. Kalau ada yang perasan, Lazada selalu bagi FREE SHIPPING. Tak pun shipping cost yang sangat murah. Murah sungguh, tak tipu.


Top 3 Products pick from Lazada Malaysia


Pampers brand Drypers ni memang akan jadi pilihan kita beli from Lazada. Sebab harga yang ditawarkan murah berbanding beli dekat supermarket di luar. Penghantaran sampai ke rumah, tak perlu nak cari dekat kedai lagi. Kalau ada rezeki Lazada bagi free shipping taw. Kalau ada cas penghantaran pun tak banyak. RM5 saja. Murah kan?



Baru-baru ni phone Samsung mak rosak screen. Screen kabur hitam tapi boleh pakai. Cuma makin lama tu kabur hitam dia dah merebak, so dah tak nampak apa screen tu. Lagi-lagi mak ni dah la rabun, mana lah nak nampak kan. Sebab tak ada phone yang sesuai and mak tahu pakai, so riki-riki dekat Lazada, memang phone Huawei P9 Lite ni lagi murah dari tempat lain. Mak tengah nak saving sekarang, sebab nak pergi Umrah tak lama lagi, sama macam kita. hihi. So tengok phone ni pun under bajet dan sesuai. Sebab mak perlukan memori yang besar sebab dia selalu simpan gamba, video & audio. Nak replace Samsung Note 2 tu tak dapek kot harga macam ni. kalau ada rezeki kita belikan la. Kalau tak, tunggu balik Umrah nanti ya, In shaa Allah.


Angan-angan nak beli GoPro Hero ni, sebab suka sangat nak bergamba cantik-cantik kalau travel. Kalau traveler ni dah macam item must-have in their backpack. Tapi harga meruntun jiwa kan. Tah bila dapat tunaikan nak beli pun tak tahu. Tak dapat GoPro Hero5, GoPro Hero4 pun jadi lah. hihi.

How do you think Lazada Malaysia can improve?

Hmmm...so far kita tak ada masalah dalam shopping dekat Lazada ni. But, Lazada can think how they can sell service to customer. Contohnya macam pakej percutian, servis party planner, servis photography and so on. Mungkin nampak susah, but who knows. Customer pun kadang-kadang mencari servis begini.


Last but not least. HAPPY BIRTHDAY TO LAZADA!!. You have growth rapidly fast and success in Malaysia. Semoga Lazada lebih sukses dan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada customer pada masa akan datang.

Pada sesiapa yang nak join contest ni masih tak terlambat macam I olls. Korang boleh submit contest sebelum 23 March 2017.

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan