The Battleship Island Oppas in KL

By Raihana - Khamis, Ogos 17, 2017

Okay, entri ni nak ikutkan kejadian dah lepas. Mana fans Korea mesti tahu yang most famous Korean actor was here in KL on 9th August 2017 untuk promo their new movie, The Battleship Island dekat Pavillion, KL. So Ji Sub, Song Joong Ki, Hwang Jung Min & director Ryoo Seung Wan came all the way to Singapore & Malaysia untuk promo movie dorang ni. I olls memang minat dorang, lagi-lagi abe Ji-Sub and Joong-Ki tu. Hehe.






Credit photos from GSC Cinemas


Nak dijadikan cerita, I olls pun turun padang sekali nak tengok Oppas ni! HAHAHA~ Marah benor lakiku sebab tak nak teman. Katanya dah pencen nak join sume ni. So kita pun sepakat dengan kawan yang memang minat dengan depa ni. Disebabkan event ni berlangsung hari bekerja, kebetulan that day pun my company participate in one of exhibition dekat PWTC. So after show end, kita terus drive ke Pavillion to. Keluar PWTC pukul 6pm, sampai sana pukul 6.45pm mcm tu. Manusia melimpah ruah yang amat. Tak tahu la crowd banyak mana. Kita tak dapat jumpa kawan sebab dia ada dekat area lain, which I couldnt go there sebab sesak dengan manusia. Then I was waiting aja la dekat spot ni, di mana dekat dengan screen, and takde lah dekat sangat dengan stage.

Boleh jadi pulak battery phone nak habis. So kita snap aje lah photo & video mana yang sempat. 

Minat So-ji Sub ni since drama Memories of Bali lagi. Hehe

Song Joong Ki ni baru minat dia sebab drama Descendant of the Sun

Ni lah spot I olls





Mall appearance dorang ni kejap je. Dalam 15-20 min macam tu. Dorang reach venue pukul 7.30pm. Waktu tu ramai fans complaint cakap depa ni tak tepati janji lah apa lah. But as far as I know, mana2 Korean punya artist memang akan muncul half an hour dari waktu yang dijadualkan. Sebab dah biasa pergi jumpa depa ni. Hehe. Ohhhh, yang dok kata kami tak reti maghrib kaaa.....dorang ni muncul tak lama pun...dorang ni balik kitorang pun cari la surau untuk solat. Tak ada istilah kami tak solat semata-mata nak tengok dorang ni. Lagipun banyak fans yang dah angkat kaki after 10min dorang muncul. Cumanya, facilities surau dekat Pavillion ni sangat lah bad. Surau yang kecik untuk mall yang besar gabak. Lepas tu sangat lah terpencil.

p/s: Moga babyRA terkenan lah tengok Oppas ni ya. huhu.

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan